Lumrah komputer peribadi (PC)
Perkembangan dunia ICT telah banyak mengubah kehidupan harian, banyak perkara mula mengalami anjakan lebih-lebih lagi aspek proses kerja harian juga pengetahuan ICT semakin berkembang . Tidak hairan pada era 2K boleh dikatakan setiap orang mampu memiliki sebuah atau lebih komputer peribadi (PC) apa lagi bila gaji dah naik.
Percaturan untuk membeli sesuatu komputer peribadi (PC), adalah saat paling sibuk dan tidak kurang juga menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, sistem bunyi, grafik kad, pencetak, atau pengimbas mana yang hendak dipilih dan dibeli, sehinggakan kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan.
Kita akan berasa puas dan bangga kerana dapat memiliki komputer yang terkini dan tercanggih, namun tidak sampai 3 bulan terpampang di media keluaran terbaru dan tercanggih. Pada waktu itu kita akan merasakan PC yang baru kita beli sudah tidak sehebat yang kita megahkan selama itu dan mula memikirkan untuk menaik taraf (upgrade) atau membeli yang terbaru. Jangan paksakan diri anda mengikut arus perkembangan PC, kerana perubahan PC tidak akan berakhir.
Bersyukurlah apa yang telah anda miliki, namun apa yang lebih penting setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan dan keselamatan. Pengguna PC harus ingat, seperti juga pelaburan dalam apa jua jentera seperti kenderaan, pentadbiran yang teliti dengan rutin yang tertentu perlu dilakukan bagi memastikan PC beroperasi dangan baik.
Tidak seperti kereta yang memerlukan servis setiap 5, 000 kilometer, PC tidak memerlukan minyak sintetik atau gred tinggi. Hanya yang diperlukan rutin penjagaan, pentadbiran, keselamatan dan penggunaan konsisten.
Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu penguna memastikan setiap sistem PC beroperasi seperti kereta lumba formula 1. Secara ringkas ia terbahagi kepada dua komponen perkakasan dan perisian.
PERKAKASAN
Pengawal arus
Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih baik pengguna tidak menyambungkan bekalan kuasa dengan peralatan elektrik lain selain menyambungkan PC. Bagi pengguna dirumah adalah lebih baik membuat sedikit pelaburan dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik (AVR) atau "surge protector". Pengguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Penguna juga digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.
Bekalan tenaga berterusan
Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang dibekalkan. Penggunaan UPS dapat membantu memanjang hayat PC, sistem bekalan elektrik yang terputus secara mengejut boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer terutamanya Cakera Keras (Hard Disk) atau Papan Utama (Mainboard).
Memindah komputer
Seperti alat elektronik lain, PC agak manja, bak bayi perlu belaian dan tidak boleh berkasar. Jadi jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban sistem ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC. Setelah pemasangan semula, pastilkan semua kabel di buat kemasan supaya tidak mudah tersepak atau tercabut.
Bersihkan PC
Pastikan PC sentiasa bersih dengan membersihkan semua habuk yang terlekat pada papan kekunci dan paparan skrin. Jika mahir, pastikan papan litar juga tidak berdebu dengan menggunakan vakum dan bukannya dengan air. Jangan meletakkan komputer anda terlalu dekat dengan tingkap kerana mudah menangkap habuk, kotoran serta mungkin terkena percikan air hujan. Bagaimanapun, pastikan sistem PC diletakkan di dalam bilik yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Selain paparan, casis CPU dan papan kekunci, pengguna juga boleh membersihkan pad tetikus daripada kesan minyak atau habuk yang mungkin mengganggu pergerakan bola tetikus. Perjalanan tetikus (Mouse) juga tidak lancar disebabkan kotoran yang melekat pada bahagian “roller” ruangan bebola, buka dan cuci bahagian tersebut. Kebersihan adalah penting dalam menentukan jangka hayat sesebuah PC.
PERISIAN
Terdapat dua jenis perisisan iaitu Perisisan Sistem dan Perisian Pengguna
Perisian Sistem
Bila ditanya oleh seseorang kawan, “Sistem apa yang kau pakai?, Windows apa yang kau gunakan?” Jawapan yang selalunya diberikan ”Pentium III atau Pentium 4. Inilah yang selalu disalah ertikan oleh sesetengah orang, Pentium adalah Pemprosesan (Precessor) salah satu dari perkakasan komputer, sistem adalah lebih dimaksudkan dengan Perisian Sistem untuk menjalankan sesebuah PC dan Perisian Pengguna, seperti Windows 98, 2000, XP Pro dan yang terkini Windows Vista yang didapati tidaklah user freindly sangat. Selalunya pengguna inginkan perisisan yang terkini tetapi tidak pernah memikirkan sama ada perkakasan yang dimiliki mampu menanggung sistem yang dikehendaki, selalu pengguna akan tertipu oleh peniaga kerana memaksa pengguna “upgrade” komputer yang sebenarnya tidak bermasalah. Jadi pilihlah sistem yang bersesuaian dengan perkakasan yang terdapat dalam PC. Windows XP Home Edition atau XP Profesional adalah yang mudah di gunakan untuk PC. Windows Vista saya tidak galakkan kerana ia tidaklah "user friendly"
Perisisan Pengguna
MS Office adalah contoh terbaik perisian pengguna yang digunakan hampir seluruh dunia, MS Office 2007 adalah yang terkini tetapi tidak user friendly. Jadi lebih gunakan MS Office 2003. Disamping itu terdapat perisian untuk Photo Editing seperti Adobe Photoshop, Photoimpact XL dan pelbagai perisian mengikut kehendak pengguna. Memang mudah untuk mendapatkan Perisian cetak rompak di pasaran dengan harga yang murah, namun adalah lebih baik mendapatkan perisian tulin yang mempunyai banyak kelebihan bila mendaftar (register) dengan pihak pengeluar.
Membuat Salinan (Backup), Antivirus, Shut Down
Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi backup terhadap dokumen yang penting. Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-Writer (penulis CD-ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding disket. Harga CD-Writer internal pada masa sekarang dianggarkan dalam lingkungan RM 200.00 ke bawah Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip. Pengguna PC juga digalakkan membuat disket but kerana ia adalah penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi bagi membina disket but terutama bagi windows 98 dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah virus. Sentiasa update “Virus Definition” terkini bagi mengelakan PC terkena serangan Virus terbaru.
Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut Down. Mematikan sistem terus tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau fail-fail tertentu atau Cakera Keras (Hard Disk) yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan PC. Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Secara tidak sedar anak anda memformat keseluruhan cakera keras anda atau memadam fail-fail tertentu. Mengikut kaedah yang dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan mengalami gangguan atau masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia juga mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah di atas berupaya membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta mengelak kejadian tidak diingini dari berlaku.
Petua PC
1. Bagi anda yang baru berura-ura hendak membeli PC, jangan berlagak pandai, sebaiknya tanya dan bawalah kawan yang benar-benar tahu tentang PC supaya anda tidak tertipu dengan peniaga PC yang sentiasa mengambil kesempatan.
2. PC berjenama memanglah baik, namun bagi proses upgrade atau penambahan perkakasan pada masa akan datang memerlukan kos yang tinggi dan menghadapi beberapa masalah teknikal dengan jenama tersebut. PC Klon adalah memadai untuk kegunaan rumah kerana ia boleh diubah suai (Upgrade) mengikut kehendak pengguna.
3. Kerap kali pembeli tertipu membeli PC semasa PC Fair atau tawaran murah. Pembeli yang tidak tahu tentang spekfikasi komputer kerap kali tertipu kerana peniaga sebenarnya cuba menghabiskan stok yang telah ketinggalan (outdated) atau manafacture warantty hampir tamat dengan menawarkan harga termurah serta menyatakan perkakasan dalaman adalah yang berjenama dan terkini dan disogok dengan barangan percuma (FOC) bagi mengaburi pembeli. Service after sales selalunya akan menghadapi masalah bila mencari syarikat tersebut yang hanya muncul semasa PC Fair sahaja. Paling mudah mengenali samada PC tersebut adalah yang terkini, lihat sama ada perisian Windows yang dipasang adalah terkini atau tidak. Jika Windows 2000 memanglah PC tersebut hampir ketinggalan zaman dan jika Windows XP Profesional atau Home Edition dengan pemprosesan Pentium 4 atau Dual Core adalah yang perkakasan dan perisian yang terkini. Harga PC terkini bagi Pentium Dual core adalah dalam lingkungan RM2,500.00 ke bawah.
Kepada yang nak baru nak berjinak dengan komputer adalah dicadangkan memadai dengan membeli Komputer terpakai branded USA Pentium III atau 4 kerana perkakasanya masih boleh bertahan sehingga sekarang. Harga selalunya dalam lingkungan RM400-RM700 saja. Jangan sesekali membeali Laptop terpakai kerana bila balik rumah selalunya tidak boleh lama pakai dan kos pembaikan amat tinggi. Silap2 laptop tersebut boleh buat tukun je. Jimat Budget tapi boleh berkerja...Satu PC satu Rumah sepatutnya diimplemtasikan kalau tidak kepada kita tapi untuk masa depan anak2.

























0 comments:
Post a Comment